| Azamin Amin Wed | Jun 11, 08 | 12:59:37 pm MYT |
|
| KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) – ‘Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.
Demikian antara petikan pendapat Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abdidin berhubung soal pembaziran yang memberi kesan yang sangat besar kepada masyarakat yang turut dikaitkan dengan isu kenaikan harga minyak yang mendadak baru-baru ini. “Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. “Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun,” katanya yang dipetik daripada blognya. Akibat daripada itu kata Asri, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak memperolehi yang selayaknya malah pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. “Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas,” katanya. Beliau dilihat tidak bersetuju sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi’. “Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri? “Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’. Dr Asri juga turut membangkit persoalan kewajaran di saat ‘genting’ ini adakah patut orang-orang besar diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. “Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka? “Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat,” katanya yang sedar bahawa beliau mengambil risiko menulis hal ini namun baginya tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Maka kata Dr Asri alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. “Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini,” katanya. Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini katanya perkara-perkara yang disebutkan itu mestilah dipandang serius malah kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. – mks._ |
Arkib bagi Bulan Jun 2008
‘Rakyat membilang butiran beras, pemimpin hadiri jamuan negara’ – Mufti Perlis
DIkirim oleh marazimo di Rabu Jun 11, 2008
Dikirim dalam Umum | Leave a Comment »
ELAUN MENTERI POTONG 10% – MASUK AKAL KE?
DIkirim oleh marazimo di Selasa Jun 10, 2008
Adalah tidak munasabah hanya 10% elaun dipotong. Mengapa bukan gaji menteri yang dipotong? Bolehkah 10% elaun dipotong mengubat sakitnye hati rakyat, kalau begitulah pemikiran menteri2 di Negara ini mentalitinya, Negara akan punah ranah. Yang kaya terus kaya rakyat jelata terus miskin papa kedana.
Sebagai seorang yang berpegang pada Islam PM wajib mendahului hak rakyat dari diri sendiri. Kami rakyat jelata akan tuntut hak kami di hadapan Allah nanti, kami yakin Allah dan kami berserah pada Allah. Jangan lupa bahawa kami tidak redho dengan tangan-tangan durjana menghimpit diri saban hari.
Marilah kita bermunajat dan pohon pada Allah supaya pemerintah pulangkan hak kita sebagai rakyat dibumi Allah Malaysia tercinta.
Marazimo 10 jun -08
Dikirim dalam Umum | Leave a Comment »
Kenaikan Menggila Harga Minyak Undang 1001 masalah
DIkirim oleh marazimo di Selasa Jun 10, 2008
Posted on Monday, June 09 @ 11:17:56 MYT by TokAyah
anak_muar writes “
Dengan pengumuman kenaikan yang tertinggi dan menggila harga minyak oleh kerajaan Barang Naik(BN) pada Khamis lepas membuatkan seluruh negara menjadi cemas dan kelam-kabut.
Kenaikan ini dijangkakan akan berlakunya berbagai-bagai gejala-gejala negatif yang membimbangkan.Bermula dengan kenaikan yang menggila ini akan berlakulah lonjakan drastik kenaikan harga barang keperluan.Yang menjadi mangsa adalah rakyat.
Selain itu tahap kemiskinan akan meningkat dengan drastik.Masalah pengangguran akan pertambah.Ia disebabkab pihak majikan swasta akan bertindakmengurangkan jumlah pekerja bagi mengurangkan kos kewangan syarikat.Meraka akan menggantikan pekerja tempatan dengan pekerja asing.Maka akan berlakulah kebanjiran buruh asing dari negara-negara jiran.
Yang menjadi mangsa adalah pekerja tempatan.Apabila jumlah pengangguran bertambah akan bertambahlah masalah jenayah yang disebabkan oleh tekanan dan desakan hidup.Kenaikan minyak juga akan berlakulah kerja-kerja penyeludupan berbagai-bagai bentuk barangan salah satu diantaranya ialah minyak.Penindasan terhadap golongan yang berpendapatan rendah akan menjadi-jadi oleh golongan yang berpendapatan tinggi.
Jurang kehidupan diantara golongan yang kaya dan miskin menjadi semakin jauh.Kenaikan ini akan mengudang masalah infasi yang krikal.Rakyat akan memilih untuk berjimat-cermat dan mengurankan kuasa membeli.Maka peniaga-peniaga akan mengalami kemerosotan dalam perniagaan dan seterusnya aktiviti ekonomi negara akan menjadi lembab dan akhirnya pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negara akan menjadi perlahan seterusnya gagal untukbersaing.Dari segi pelajaran pula remaja-remaja akan memilih untuk bekerja daripada menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Mereka terpaksa mengenepikan impian dan cita-cita untuk bekerja demi membantu keluarga untuk mencari pendapatan tambahan bagi menampung perbelanjaan hidup.Akhirnya negara gagal melahirkan golongan cerdik pandai dalam pelbagai bidang akademik.Kerajaan Barang Naik(BN) tidak memikirkan masalah-masalah dan kesan yang ditanggung oleh rakyat dengan kenaikan harga minyak yang menggila ini.
Mereka hanya memikirkan nasib kaum keluarga dan sanak saudara serta kroni-kroni sahaja.Mereka menyarankan supaya rakyat mengubah gaya hidup,sedangkan pemimpin-pemimpin kerajaan Barang Naik terus hidup dalam kemewahan.Sepatutnya mereka bersama-sama dengan rakyat menanggung kesengsaraan akibat kenaikan harga minyak ini.
Sudah tiba masanya pihak kerajaan Barang Naik mengkaji semula gaji dan elaun-laun yang mereka perolehi seterusnya melakukan pemotongan atau lebih baik manghapuskan elaun-elaun tersebut bagi menunjukkan kesungguhan mereka dalam isu kenaiakn harga minyak ini.
Contohilah kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat dengan mengurangkan elaun-elaun MB dan exco-exco kerajaan.Sesiapa yang telah mengundi BN pada PRU lepas berasa menyesal yang tak sudah.
Inilah akibatnya mengundi Kerajaan Barang Naik(BN). ”
Dikirim dalam Umum | Leave a Comment »