MARAZIMO’S

Blog alternatif

Harap Baca Sebelum Mengundi – Kupasan Politik Sempena PRU 12

Posted by marazimo di Jumaat Mac 7, 2008

Harap Baca Sebelum Mengundi – Kupasan Politik Sempena PRU 12
Posted on Friday, March 07 @ 17:22:16 MYT by SongkokPutih
Pendapat Oleh fairuzhafeez

KRITERIA PEMIMPIN YANG PERLU DIPILIH

 Esok, 8hb. Mac 2008, rakyat Malaysia akan mengundi dalam pilihanraya umum 2008. Kita semua akan memilih calon pilihan hati kita yang akan membela nasib kita dan memimpin rakyat selama satu penggal.

Pilihlah calon yang tidak rasuah, tidak salah guna kuasa, dekat dengan rakyat dan mempunyai ilmu agama serta bertindak mengikut ilmunya. Perlu diingat, mempunyai ilmu agama tanpa mengikutinya dengan mempunyai ilmu agama dan bertindak mengikut landasan ilmunya adalah satu benda yang bertentangan.

Pemimpin juga perlu bijak dalam memandu pembangunan negara. Pembangunan yang bukan sahaja pembangunan material tapi pembangunan insaniah.

JANJI PEMBANGKANG

Wah ! Banyak betul yang ditawarkan oleh pembangkang. Boleh ke tunaikan ? Saya fokus untuk menghuraikan benda yang panas sikit. Tentang nak turun harga petrol. Boleh ke? Negara kita tak akan muflis ke ?

Yang dimaksudkan di sini bukan turun sehingga 30 sen seliter tetapi penurunan yang dapat melegakan rakyat. Keuntungan Petronas yang beribu-ribu juta ringgit boleh digunakan untuk ini.

Cuba tanya kepada mahasiswa kita, perit tak membayar hutang pinjaman yang ada faedah ? Cuba tanya ketua keluarga yang mempunyai ramai anak yang bersekolah, berapa ratus yang terpaksa dibayar apabila musim persekolahan percuma ? Kerana itulah Anwar menjanjikan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti. Keuntungan Petronas yang beribu-ribu juta ringgit sekali lagi boleh digunakan untuk ini tanpa menjejaskan keuntungan Kerajaan melalui cukai pendapatan, caj 5% restoran dan lain-lain .

KRITIK HAJI HADI DAN NIK AZIZ

Banyak yang dapat ditonton dan dibaca di media “cut & paste” tentang “keburukan” Hadi dan Nik Aziz. Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan semasa saya bersekolah rendah terus menjadi bahan. Hadi mengkafirkan sesama Islam !

Pelbagai bahan rakaman ceramah dan kuliah Hadi diperiksa tetapi tetap tidak menjumpai ayat yang mengatakan “UMNO Kafir” malahan mengikut Hadi, orang yang menyelidik benda ini ada yang akhirnya masuk PAS. Ada bekas Ketua Polis Negara yang menjadi anak murid Hadi.

Jika anda mencari di youtube anda akan berjumpa dengan “Siri Perdebatan Olok-Olok” yang dibuat untuk melihat dapatkah dipatahkan hujah Hadi. Anda bolehlah membuat pertimbangan samaada betul atau tidak apa yang dikatakan oleh Hadi. Cuma saya nak tambah bahawa debat sebenar tentang Amanat Haji Hadi ini akhirnya tidak menjadi walaupun PAS bersetuju dengan pengerusi majlis pilihan UMNO dan juga tempoh debat yang dihadkan selama 1 jam.

Isu Nik Aziz yang mengatakan Tuhan Samseng juga “cut & paste”. Tidak ditunjukkan sepenuhnya ucapan Nik Aziz itu. Bagi orang yang tahu tentang “Sifat 20” pasti tahu sama ada kenyataan itu betul atau tidak.

Ada sifat apabila diletakkan pada manusia akan menjadi negatif tetapi positif dan kena pada tempatnya apabila diletakkan pada Tuhan. Cubalah tanya pada orang-orang alim di masjid kawasan anda apa kaitannya “Al-Mutakabbir” dengan “Samseng atau Angkuh & Sombong”. Jangan kita sekadar main fikir dengan ilmu yang cetek.

Perlu diingat, kerajaan Kelantan telah membuka ruang kepada SPR selama 25 jam sehari (meminjam kata Nik Aziz) tetapi nampaknya sehingga kini tidak ada satu pun yang didakwa di mahkamah.

Media “cut & paste” juga menggambarkan kerajaan Kelantan sebagai tidak berjaya tetapi apabila kita bercakap dengan orang yang pernah pergi ke sana lain pula ceritanya.

Jika media hanya menyiarkan tohmahan dan pihak pembangkang tidak diberi ruang untuk menjawabnya bagaimana kita hendak mengadilinya ?

NEGARA KAYA, RAKYAT MISKIN ?

Saya ingin tanya, manakah lebih penting ? Projek-projek mega bernilai ratusan juta atau membasmi kemiskinan ? Bolehkah kita mendabik dada dengan projek-projek mega ini sedangkan ada rakyat yang masih hidup dalam keadaan daif dan meyedihkan ?

Tidak usah buat projek mega walaupun ia akhirnya terbukti berjaya seperti Proton ? Boleh … tapi berpada-padalah. bagi saya lebih baik mengkayakan rakyat dahulu sebelum bermegah-megah dengan projek-projek juta ringgit yang keuntungannya hanya dinikmati golongan tertentu sahaja.

BANGSA LAIN MENYOKONG PEMBANGKANG

Hairan tak bila sokongan kaum Cina dan India kepada PAS bertambah ? Remaja India ada yang tidak segan silu untuk mengarak panji PAS. Mungkin bukan Islam sedar hakikat “Islam Untuk Semua”.

KITA MENJADI HAKIM

Ingatlah, tanpa kita sedar atau tidak kita akan menjadi hakim atau pengadil esok. Jangan mengundi sama macam kita mengundi AF pula. AF mencari penyanyi, PRU mencari pemimpin. Gunakan pertimbangan yang bijak.

Kita akan dipersoalkan di akhirat kelak kalau kita memilih calon yang silap. Jangan terpaksa untuk memilih kerana takutkan kepentingan diri kita terjejas.

Undi adalah rahsia, tak siapa pun tahu kecualilah anda tunjukkan kertas undi anda kepada orang lain. Maka apapun tindakan anda sebelum ini dan bangsal manakah yang anda kunjungi setiap malam tidak menjadi soal. Ini kerana anda menjadi hakim esok hari, lupakan sahaja kekeliruan anda untuk membuat pilihan yang sebenar sebelum ini.

Ingat kesilapan anda akan memberi kesan agama, bangsa dan negara !

Nota : Artikel ini bebas ditokoh tambah dan disiarkan semula dengan apa-apa cara.

http://fairuzhafeez.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: