MARAZIMO’S

Blog alternatif

Abdullah, pemimpin BN biadab – Prowaris

Posted by marazimo di Jumaat Mac 28, 2008

Abdul Halim Mohd Rashid
Fri | Mar 28, 08 | 11:41:07 am MYT
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) –Perilaku pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tanpa segan silu menunjukkan penentangan kepada Sultan Terengganu adalah satu perilaku yang sangat biadab dan tidak bermaruah sama sekali, kata Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris).”Kemelut dan krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu sebagai satu isu yang amat kritikal dan memalukan orang Melayu di seluruh dunia,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataannya.

Tindakan mengugut pihak istana untuk memboikot upacara angkat sumpah Menteri Besar adalah satu perbuatan yang secara terang-terangan cuba menconteng arang, memperlekeh dan menghina institusi di-raja.

“Adalah satu perkara yang sangat mulia jika Datuk Seri Idris (Jusoh) dapat menunjukkan sifat budiman dan kesetiaanya kepada baginda Sultan serta rakyat Terengganu daripada dilihat sebagai seorang ahli politik yang mementingkan diri sendiri dan mempunyai agenda peribadi yang tersirat,” kata pertubuhan itu lagi.

ProWaris menuntut kesemua 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN berkenaan, Idris, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, dan seluruh kepimpinan tertinggi BN yang diketuai oleh Abdullah yang telah sama ada secara langsung ataupun tidak langsung menunjukkan sikap dan peri laku penderhakaan supaya segera memohon menghadap dan seterusnya memohon ampun dan maaf kepada Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong.

Pertubuhan itu menasihatkan mereka suaya terus menjunjung lima prinsip Rukunegara dan berikrar untuk tidak mengulangi perilaku biadab mereka lagi di masa hadapan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: