MARAZIMO’S

Blog alternatif

Menteri (Zaid Ibrahim): Aktivis Pro Murtad

Posted by marazimo di Jumaat Mac 28, 2008

Posted on Friday, March 28 @ 12:35:27 MYT by SongkokPutih
Artikel Pendek Oleh ahmadhadeed

 Zaid Ibrahim adalah aktivis pro murtad dalam kes Lina Joy dan kes kes berkaitan dengan isu murtad di Malaysia. Namun apabila di jadi Menteri dia pandai sembunyi kuku buat buat macam menjadi manusia neutral. Saya cari statement nya yang lalu dalam internet dan di antaranya ialah : “Kita tidak boleh berlagak macam Tuhan dengan mengatakan itu dosa ini
pahala… Dalam parlimen, ada ahli yang mengatakan mesti ada
undang-undang berkenaan murtad jika tidak, kita berdosa kerana membenarkan murtad. Itu  bodoh…!”  BODOH????

Mungkin orang yang bercakap lupa apa yang di cakap tetapi orang yang mendengar akan sentiasa mencatit apa yang di cakap. Internet adalah satu alat yang sangat baik untuk buat research tentang sejarah seseorang. Itu di dunia. Di akhirat nanti semua percakapan manusia ada catitan dan catitan amal dan apa yang di cakap panjang nya sepanjang jauh mata memandang dengan yang kecil dan yang besar di catat. Yang jahat akan menerima catatan amal pada tangan kiri dan yang baik akan menerima catatan di tangan kanan. Manusia menerima catatatan amal dan percakapan mereka dalam keadaan rendah ia itu dengan melutut.

Bagi Zaid Ibrahim, lawyer pro murtad yang di lantik Imam Hadhari Dollah , berikut adalah ucapan nya yang menentang cadangan mengadakan undang undang murtad di Parliment dan komen nya tentang kes murtad Lina Joy yang telah murtad dan mahu mencabar pelembagaan Malaysia berkaitan murtad dengan mendesak perkataan Islam di buang dari IC nya
Kes cadangan undang undang murtad

Maka berkatalah Zaid Ibrahim  dalam satu program SUHAKAM di
Hotel Renaisance sempena Hari Hak Asasi,

“Kita tidak boleh berlagak macam Tuhan dengan mengatakan itu dosa ini
pahala… Dalam parlimen, ada ahli yang mengatakan mesti ada
undang-undang
berkenaan murtad jika tidak, kita berdosa kerana membenarkan murtad.
Itu  bodoh…!”

Berkaitan Kes Murtad Lina Joy

“Isu Lina Joy bukannya bermaksud agama Islam sedang diancam. Ia tidak
ada  kaitan dengan agama. Dia (Lina Joy) hanya memohon agar perkataan Islam
dibuang dari kad pengenalannya dan biarkan mahkamah yang menentukan.
Ia  adalah isu undang-undang, bukan isu agama!”

Inilah jenis menteri dan orang kanan yang di ambil oleh Dollah untuk menasihatnya dalam hal undang undang . Kita sangsi kesetiaan Dollah membela Islam dan mencegah gejala murtad di Malaysia. Saya cuba melihat kebaikan dalam tindak tanduk Dollah selepas PRU12 namun tidak ada satu pun meyakinkan bahawa Dollah boleh membuat sesuatu yang berkesan untuk menyelesaikan masaalah ummat Islam dari segi kata kata nya dan pelantikan orang yang menasihati nya. Ini di tambah dengan foolishness nya menentang Agong. Saya rasa sudah sampai masanya Dollah berundur dan berundur bersama sama dengan penasihatnya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: