MARAZIMO’S

Blog alternatif

Lima prinsip utama asas Pentadbiran Kerajaan Campuran Perak

Posted by marazimo di Isnin Mac 31, 2008

29-03-2008 06:08:07 PMKUALA KANGSAR: Kerajaan campuran Perak yang diterajui DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS berikrar mahu mengurus dan memerintah negeri ini berdasarkan lima prinsip yang mementingkan kebajikan dan kebaikan rakyat berbilang kaum dan agama.

Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin berkata lima prinsip itu ialah keadilan, amanah, ketelusan, wibawa dan kebajikan.

“Kita hendak laksana dengan prinsip keadilan di mana apa juga suasana dan perkara yang menyebabkan ketidakadilan kita akan hapuskan, kemudian kita ingin bertindak atas prinsip amanah,”  katanya kepada pemberita selepas upacara istiadat angkat sumpah 10 anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri di Istana Iskandariah di sini hari ini, Sabtu.

Beliau berkata selain itu di bawah prinsip ketelusan, kerajaan negeri akan memastikan pelaksanaan apa juga tidak berada di luar garis panduan supaya rakyat tidak melihat kerajaan ini sebagai ‘pandai bercakap’ sahaja sebaliknya dipamerkan menerusi tindakan dan pentadbiran.

“Kita juga akan pastikan kerajaan ini juga satu kerajaan yang wibawa yang ada ketelusan…kita juga akan pastikan tanggungjawab kita untuk memberikan unsur-unsur kebajikan, sebarang bentuk kebajikan dan kebaikan serta keuntungan kepada rakyat kita akan buat dalam  semua aspek pelaksanaan dasar-dasar. Mana-mana perkara yang menyusahkan dan merugikan rakyat kita akan kaji semula,” katanya.

Mengenai portfolio 10 anggota exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah hari ini, Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi dalam masa terdekat selepas kesemua mereka bermesyuarat pada Isnin ini.

Beliau berkata pengagihan portfolio kerajaan campuran itu akan dilakukan mengikut profesionalisme, pengalaman, latar belakang serta  pendedahan masing-masing yang mana akan dibincangkan bersama.

Pengagihan 10 anggota barisan Exco kerajaan negeri daripada ketiga-tiga parti itu adalah seperti yang dipersetujui oleh ketiga-tiga parti itu sebelum ini.

Anggota Exco itu terdiri enam daripada DAP, tiga daripada PKR dan seorang daripada PAS yang telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini pagi ini.

Mereka ialah Ngeh Koo Ham (Sitiawan),

Nga Kor Ming (Pantai Remis),

Su Keong Siong (Pasir Pinji),

Chen Fook Chye (Keranji),

Seah Leong Peng (Pasir Bedamar),

A. Sivanesan (Sungkai),

Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang),

Tai Sing Ng (Kuala Sepetang),

Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering)

dan Mohd Zainudin Mohd Yusof (Lubuk Merbau). 

Ketika ditanya apakah tugas pertama barisan exco kerajaan negeri yang baru dilantik, Mohammad Nizar berkata ia adalah untuk meningkatkan tahap keyakinan rakyat terhadap kerajaan campuran yang dibentuk bagi menepis pelbagai tanggapan negatif termasuk perasaan kecewa dan bimbang terhadap kemampuan mereka.

Beliau berkata barisan exco berkenaan perlu diberi peluang untuk berkhidmat menerusi kerjasama daripada seluruh institusi di Perak termasuk para penjawat awam.

Kerajaan campuran yang diterajui tiga parti itu dibentuk selepas memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada pilihan raya umum 8 Mac lepas manakala BN hanya menang 28 kerusi.  BERNAMA

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: