MARAZIMO’S

Blog alternatif

Fitna: Pengiktirafan antarabangsa buat Umno

Posted by marazimo di Selasa April 1, 2008


Written by admin on Apr 1st, 2008 | Filed under: Respon

11.55am | 1 Apr
DALAM sehari dua ini, aku rasa amat bangga dengan para pimpinan Umno, walaupun kalah teruk dalam PRU-12, ternyata dalam sehari dua ini para pimpinan Umno berjaya menaikkan semula martabat mereka bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa.

Filem Fitna merupakan bukti jelas menunjukkan betapa para pimpinan Umno diiktiraf di peringkat antarabangsa. Filem Fitna sebenarnya mempunyai corak penyuntingan yang amat serupa dengan beberapa filem pendek yang telah lama diarahkan oleh Umno melalui RTM dan TV3.

Dalam filem Fitna, hanya sebahagian ucapan pemimpin Islam dipaparkan untuk menunjukkan betapa ganasnya ajaran Islam. Teknik yang sama sebenarnya telah lama digunakan oleh Umno untuk memburukkan pimpinan Islam di Malaysia.

Mereka senantisa memetik sebahagian ucapan pimpinan Islam di Malaysia dan menyembunyikan sebahagian yang lain dengan tujuan yang lebih kurang sama.

Dalam filem Fitna, dipaparkan juga bagaimana pejuang Taliban menembak seseorang yang berkelubung tanpa disertakan sebab-dan musababnya. Klip seumpama itu sebenarnya telah lama ditayangkan di Malaysia dan ia mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk memburukkan parti politik yang berteraskan Islam.

Dalam filem Fitna, beberapa klip ditayangkan untuk menunjukkan betapa ekstremnya Islam dan di Malaysia sebenarnya lebih advance kerana klip-klip sedemikian rupa telah terlebih dahulu ditayangkan semasa kempen PRU-12 baru-baru ini bagi menggambarkan bahawa mereka yang berdemonstrasi juga merupakan ekstremis yang boleh mengancam keselamatan negara.

Sebenarnya banyak lagi persamaan antara filem Fitna keluaran Belanda dengan filem Fitna keluaran Umno. Anda dinasihatkan untuk menonton sendiri filem Fitna keluaran Belanda dan anda pasti akan berasa bahawa anda semacam pernah menonton filem yang mempunyai teknik penyuntingan yang amat serupa di bumi Malaysia bertuah ini.

Tahniah Umno!

SA

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: