MARAZIMO’S

Blog alternatif

KISAH PEMBENTUKAN KERAJAAN PERAK YANG TIDAK DIKETAHUI UMUM

Posted by marazimo di Rabu April 2, 2008

Tuesday, April 1, 2008


Penulis baru sebentar tadi pulang menunaikan solat maghrib dan isyak berjamaah di surau. Selepas solat maghrib penulis sempat mendengar kuliah maghrib yang di sampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang. Perkara yang diperbincangkan oleh beliau pada malam ini ialah berkaitan dengan Surah Al-Baqarah ayat 246.
Beliau juga ada menceritakan detik-detik pembentukkan Kerajaan Negeri Perak hasil gabungan Barisan Rakyat (PAS-DAP-PKR). Pembentukkan Kerajaan Negeri Perak amat mendebarkan rakyat khususnya rakyat Perak. Ini kerana di dalam pakatan Barisan Rakyat, orang Melayu hanya mempunyai kerusi berjumlah 9 sahaja berbanding bukan Melayu yang mempunyai 22 kerusi. Manakala di sebelah pembangkang (BN) mereka mempunyai 27 wakil daripada orang Melayu dan hanya 1 daripada bukan Melayu. Isu yang peling mendebarkan ialah perlantikan Menteri Besar Perak ke 10 dan juga perlantikan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).
Kisah yang beliau kongsikan kepada kami ialah :
1. CUBAAN MENCULIK – Pada malam sebelum perlantikan MB Perak pada keesokkan harinya, pihak UMNO/BN telah mengepung Ustaz Ahmad Awang kerana mereka cuba menculik beliau pada malam itu. Tujuannya ialah untuk memaksa Ustaz Ahmad Awang selaku Pesuruhjaya PAS Perak supaya bersetuju berpakat membentuk kerajaan campuran UMNO-PAS di Perak. Ini menyebabkan beliau meminta pertolongan daripada pihak polis dan Unit Amal PAS Perak berkawal di rumah beliau di Semanggol.
2. PENGGUNAAN MUFTI PERAK – UMNO/BN telah menggunakan Sahibus Samahah Mufti Perak untuk memujuk Pesuruhjaya PAS Perak supaya membentuk kerajaan campuran dengan UMNO dengan alasan perpaduan Melayu Islam dan demi menjaga hak-hak orang Melayu/Islam. Malah UMNO/BN melalui Mufti Perak sanggup menyerahkan jawatan Menteri Besar dan 4 kerusi Exco dan Speaker DUN Perak kepada PAS sebagai balasan untuk bersetuju berpakat dengan UMNO bagi membentuk kerajaan di Perak.
3. PENGGUNAAN MUFTI WILAYAH & MUFTI KEDAH – UMNO/BN juga telah menggunakan Mufti Wilayah Persekutuan dan Mufti Kedah bagi memujuk Ustaz Ahmad Awang supaya bersetuju mengadakan kerajaan campuran UMNO-PAS di Perak.
4. PERSETUJUAN AWAL PAS PERAK, DAP PERAK & PKR PERAK – Pada malam keputusan pilihanraya umum dikeluarkan di mana BN gagal memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan, Barisan Rakyat Perak (DAP-PAS-PKR) telah bersetuju untuk membentuk kerajaan campuran dan kesemua parti (DAP Perak, PAS Perak dan PKR Perak) bersetuju untuk memilih Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin (SU Badan Perhubungan PAS Perak yang juga ADUN Pasir Panjang) sebagai calon Menteri Besar Perak sebelum mendapat nasihat daripada pimpinan pusat parti masing-masing.
5. CUBAAN MEROBOHKAN KERAJAAN PERAK – sehingga sekarang, UMNO/BN cuba menjatuhkan Kerajaan Perak kerana mereka tidak dapat menerima kekalahan mengejut yang diterima oleh mereka. UMNO/BN Perak memaikan sentimen Melayu bagi menghina Kerajaan Perak yang baru. Mereka mencanangkan bahawa Melayu telah hilang hak ketuanan di Perak setelah pembentukan kerajaan Perak sekarang kerana bilangan wakil Melayu adalah sedikit. Sehingga sekarang juga mantan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Tajol Rosli Ghazali masih belum menyerahkan tugas secara rasmi kepada Menteri Besar Perak yang baru, YAB Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin. Walaupun majlis serah tugas ini tidak perlu/tidak wajib untuk dilakukan, namun sebagai protokol dan adat istiadat Melayu, adalah molek diadakan majlis serah tugas seperti mana berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
.
Note : BN kini cuba memburuk-burukkan PAS Perak dengan menyebarkan fitnah kepada rakyat Perak, kononnya PAS Perak ada perjanjian rahsia dengan DAP berkaitan isu perlantikan Menteri Besar Perak. Ramai juga ahli PAS yang terpengaruh dengan fitnah ini seperti penulis blog ~Penarik Beca~. Tuduhan ini dilemparkan untuk memburuk-burukkan PAS Perak dan supaya pakatan rakyat di Perak tumbang menyembang bumi. Ini lah kerja jahat UMNO

Itu lah serba sedikit kisah yang beliau kongsikan kepada kami sebentar tadi. Kisah yang beliau bahawakan tadi memang menarik dan menjadi tauladan kepada kami.

Wallahu’alam

Surau Al-Kahfi
(di dalam DUN Gombak Setia, Parlimen Gombak)
Batu Caves, Selangor

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: