MARAZIMO’S

Blog alternatif

10 ketua kampung di Taiping batal hasrat letak jawatan

Posted by marazimo di Jumaat April 4, 2008

TAIPING: Semua 10 orang ketua kampung dalam kawasan Parlimen Taiping menarik balik keputusan mereka untuk menyertai 766 anggota Pertubuhan Ketua-ketua Kampung Negeri Perak untuk meletak jawatan beramai-ramai berkuat kuasa 1 Mei ini.

Jurucakap ketua kampung berkenaan, Ismail Youb Ahmad, berkata, keputusan itu diambil, selepas mereka mengadakan perbincangan di Dewan Orang Ramai, Kampung Jana Baru, Kamunting, di sini, Ahad lalu..

Mereka terdiri Ismail Youb Ahmad (Kampung Batu 4, Kamunting), Ahmad Yusuff Yahaya (Kampung Aulong), Mohd Elias Mohd Sidek (Assam Kumbang), Meor Abdullah Zawawi Meor Amaluddin (Bukit Jana), Mustaffa Yahaya (Kampung Boyan), Rosli Osman (Kampung Expo, Kamunting), Mohd Ramli Yahaya (Kampung Jana Baru), Yahaya Sharif (Kampung Pinang), Zainal Abidin Mohd Yatim (Pokok Assam) dan Mutalib Mat Yet (Kampung Tupai).
Ismail berkata, pada perjumpaan itu yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Taiping, Datuk Dr Abdul Malek Md Hanafiah, 10 ketua kampung itu bersetuju untuk meneruskan khidmat sehingga tamat tempoh pelantikan, 31 Disember nanti. – Bernama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: