MARAZIMO’S

Blog alternatif

Archive for 8 April 2008

Bekas Pengarah Pendidikan (Dato’ Adnan Ibrahim) sertai PAS

Posted by marazimo di Selasa April 8, 2008

Johari Jaafar
Tue | Apr 08, 08 | 4:19:06 pm MYT
BIDOR, 8 April (Hrkh) – Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Dato’ Adnan Ibrahim bersama 80 orang pengikutnya membulatkan tekad menyertai PAS sekaligus membentuk jawatankuasa penaja PAS Cawangan Jeram Mengkuang semalam.

ImageDi majlis yang sama, Adnan turut mengumpulkan 50 orang India bagi membentuk Kelab Penyokong PAS Masyarakat India.

Majlis berlangsung di Dewan Orang Ramai Jeram Mengkuang.

Penyerahan borang keahlian PAS dan borang penyertaan Kelab Penyokong PAS dilakukan Adnan kepada Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Nor Azli Musa.

Beliau yang ditemui selepas majlis penyerahan borang keahlian PAS itu memberitahu pernah menjadi Ketua Penerangan Umno cawangan pada 1982.

“Pada tahun 1983 saya tidak dipanggil ke mesyuarat cawangan dan setelah diselidiki rupanya surat lambat dihantar kepada saya; ini tindakan sabotaj untuk pastikan saya tidak dapat hadir ke mesyuarat itu,” katanya.

Apabila Umno masuk ke Sabah pada awal tahun 1990-an beliau adalah antara orang yang terlibat.

“Saya bersara dari Pengarah Pendidikan Perak pada 2004 dan bercadang bergiat di peringkat cawangan; sekali lagi saya dihalang malah pengikut saya seramai 40 orang tidak didaftarkan, saya cukup kecewa,” jelasnya.

Beliau mengakui membantu jentera gerak gempur BN bagi mempastikan calon PAS kalah pada pilihan raya umum 2004 sehingga menyebabkan tiga Adun dan dua ahli Parlimen PAS gagal mengekalkan kerusi yang dimenangi pada 1999.

Menurut Adnan, hilang keyakinan kepada Umno mendorong beliau menyertai PAS.

Semasa berucap, dua kali beliau terpaksa memberhentikan ucapan kerana sebak mengenangkan peristiwa lalu.

“Saya ini banyak buat salah, menukarkan guru-guru ke tempat yang jauh; saya ingin menebus kesalahan saya, kerana itulah saya menyertai PAS, bimbinglah saya sekeluarga,” katanya dengan nada sayu.

Beliau berjanji akan berjuang bersama PAS, dan menawarkan khidmat sekiranya diperlukan.

“Saya boleh berperanan mengikut keupayaan saya, peranan yang kecil pun tidak apa; jangan jadi Umno langsung tidak memberikan ruang kepada saya untuk menabur khidmat,” ujarnya. – mks.

Posted in politik | Leave a Comment »

Husam: Negara Islam bukan inti Pakatan

Posted by marazimo di Selasa April 8, 2008

Fathi Aris Omar dan Beh Lih Yi | Apr 8, 08 2:00pm
Agenda negara Islam tidak menjadi sebahagian inti Pakatan Rakyat tetapi sekadar idealisme ahli-ahli PAS, kata naib presiden parti itu Datuk Husam Musa.

“Pada zaman nabi Muhammad, tidak secara jelas menyebut negara Islam. Perdebatan tentang istilah ini boleh mengelirukan. Pada pendapat saya, kita perlu mencari istilah yang lebih disenangi atau dapat difahami oleh masyarakat ramai.

“Oleh negara Islam sebagai idealisme (PAS), maka ia memberikan satu panduan kepada petugas-petugas PAS.

“Inti daripada apa yang diperjuangkan mereka ialah tadbir urus Islam – perkara-perkara yang perlu bagi sesebuah kerajaan yang berasaskan kepada prinsip-prinsip Islam seperti amanah, telus, adil dan saksama, tanpa diskriminasi, membantu yang lemah, prihatin, …

“Prinsip-prinsip tadbir urus ini lebih mustahak kerana keadaan negara hari ini – rasuah yang melanda, penghakisan (kebebasan) dalam badan kehakiman, kebebasan bersuara, kebebasan beragama,

“Pada pendapat saya, perkara yang paling kritikal yang memerlukan penyelesaian segera dan (agenda) ini semua selari dengan Islam.

“Jadi kita elakkan sesuatu yang kabur, yang menimbulkan kekeliruan, … kita pergi kepada sesuatu yang intipati yangg kritikal kepada negara kita.”

Posted in politik | Leave a Comment »

Karnival Rakyat

Posted by marazimo di Selasa April 8, 2008


Artikelaskarsepoi writes “ Sudah tiba masanya Pakatan Rakyat menggunakan kesempatan kuasa yang ada menganjurkan Karnival Rakyat , bukan sekadar menyaingi Karnival-karnival anjuran BN-UMNO, tetapi sebagai aktiviti yang lebih mudah dihadiri rakyat.

Seeloknya buat permulaan dianjurkan sebulan sekali di setiap dun/parlimen untuk tempoh 3 hari 2 malam. Konsepnya sama dengan karnival yang lain, tapi lebihkan keutamaan untuk golongan rakyat bawahan untuk berniaga.

Disamping membantu aspek ekonomi, boleh juga dijadikan ruangan untuk majlis ilmu. Jika Karnival lain mengutamakan hiburan semata-mata, kita jadikan karnival ini salah satu taman-taman ilmu. Penuhkan malamnya dengan pidato dan ceramah umum.
Dan parti-parti di bawah Pakatan Rakyat juga boleh membuka kaunter kemasyarakatan dan pendaftaran keahlian.  Kerja menambah keahlian perlu sentiasa dijalankan supaya jentera parti semakin gagah.

Aspek tarbiyah juga perlu diperkemaskan untuk menghadapi pertambahan ahli dari semasa ke semasa manakala silibus usrah dan aktiviti hendaklah disesuaikan dengan taraf hidup dan latar belakang ahli yang baru.

Dengan usaha yang berterusan ini, semoga Pakatan Rakyat akan terus berjaya.”

Posted on Tuesday, April 08 @ 00:25:22 MYT by tokJongos

Posted in Umum | Leave a Comment »