MARAZIMO’S

Blog alternatif

Bekas Pengarah Pendidikan (Dato’ Adnan Ibrahim) sertai PAS

Posted by marazimo di Selasa April 8, 2008

Johari Jaafar
Tue | Apr 08, 08 | 4:19:06 pm MYT
BIDOR, 8 April (Hrkh) – Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Dato’ Adnan Ibrahim bersama 80 orang pengikutnya membulatkan tekad menyertai PAS sekaligus membentuk jawatankuasa penaja PAS Cawangan Jeram Mengkuang semalam.

ImageDi majlis yang sama, Adnan turut mengumpulkan 50 orang India bagi membentuk Kelab Penyokong PAS Masyarakat India.

Majlis berlangsung di Dewan Orang Ramai Jeram Mengkuang.

Penyerahan borang keahlian PAS dan borang penyertaan Kelab Penyokong PAS dilakukan Adnan kepada Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Nor Azli Musa.

Beliau yang ditemui selepas majlis penyerahan borang keahlian PAS itu memberitahu pernah menjadi Ketua Penerangan Umno cawangan pada 1982.

“Pada tahun 1983 saya tidak dipanggil ke mesyuarat cawangan dan setelah diselidiki rupanya surat lambat dihantar kepada saya; ini tindakan sabotaj untuk pastikan saya tidak dapat hadir ke mesyuarat itu,” katanya.

Apabila Umno masuk ke Sabah pada awal tahun 1990-an beliau adalah antara orang yang terlibat.

“Saya bersara dari Pengarah Pendidikan Perak pada 2004 dan bercadang bergiat di peringkat cawangan; sekali lagi saya dihalang malah pengikut saya seramai 40 orang tidak didaftarkan, saya cukup kecewa,” jelasnya.

Beliau mengakui membantu jentera gerak gempur BN bagi mempastikan calon PAS kalah pada pilihan raya umum 2004 sehingga menyebabkan tiga Adun dan dua ahli Parlimen PAS gagal mengekalkan kerusi yang dimenangi pada 1999.

Menurut Adnan, hilang keyakinan kepada Umno mendorong beliau menyertai PAS.

Semasa berucap, dua kali beliau terpaksa memberhentikan ucapan kerana sebak mengenangkan peristiwa lalu.

“Saya ini banyak buat salah, menukarkan guru-guru ke tempat yang jauh; saya ingin menebus kesalahan saya, kerana itulah saya menyertai PAS, bimbinglah saya sekeluarga,” katanya dengan nada sayu.

Beliau berjanji akan berjuang bersama PAS, dan menawarkan khidmat sekiranya diperlukan.

“Saya boleh berperanan mengikut keupayaan saya, peranan yang kecil pun tidak apa; jangan jadi Umno langsung tidak memberikan ruang kepada saya untuk menabur khidmat,” ujarnya. – mks.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: