MARAZIMO’S

Blog alternatif

Pembaziran

Posted by marazimo di Rabu April 9, 2008

SATU LAGI PEMBAZIRAN

Ketua Kampung di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Kerajaan Persekutuan akan terus membayar elaun sebanyak RM400 seperti sebelum ini kepada kesemua Ketua Kampung berkenaan.

UTUSAN LOYA – Semua Ketua Kampung dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di empat negeri yang dikuasai parti pembangkang akan diletakkan di bawah satu jawatankuasa yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, jawatankuasa baru itu diwujudkan atas permintaan Ketua Kampung sendiri yang mahu terus berkhidmat dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun pentadbiran negeri diambil alih oleh pakatan pembangkang.

Beliau berkata, jawatankuasa itu sudah dibentuk tetapi namanya belum dimuktamadkan dan ia akan dibawa ke Kabinet untuk kelulusan dalam tempoh terdekat.

‘‘Nama jawatankuasa itu belum sah lagi tetapi nama yang dicadangkan oleh UMNO Perak ialah Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Persekutuan (JPPP) manakala Ketua Kampung sedia ada akan menjadi pengerusi kepada jawatankuasa tersebut dan elaun mereka akan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan termasuk elaun mesyuarat.

‘‘Mereka adalah orang yang sama dalam JKKK sekarang, cuma nama yang bertukar dan mereka juga akan memainkan peranan seperti sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan 817 bekas Ketua Kampung Perak di Institut Latihan Kemas di sini hari ini. more…

No2umnO – Rakyat dipaksa membayar Gaji JKKK ini …. ? Macam macam idea jahat kerajaan. 817 ketua kampung serta 11, 438 menjadi jumlah 12, 255 orang semuanya. Jumlah elaun sebulan, RM4.902 juta sebulan. Dan setahun RM58.824 juta. Itu diPerak sahaja. 2 Ketua kampung di dalam sebuah kampung, sungguh tidak logik dan tidak pernah berlaku? Adakah anda izinkan wang anda digunakan untuk tujuan ini? Wak takkan izinkan walau satu sen pun.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: