MARAZIMO’S

Blog alternatif

Perak batal kelulusan tanah kepada parti komponen BN

Posted by marazimo di Khamis April 17, 2008

16-04-2008 06:24:41 PM

IPOH: Kerajaan negeri Perak membatalkan kelulusan tanah bernilai tinggi seluas 2.29 ekar yang telah diberikan kepada sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) selepas mendapati terdapat unsur penganiayaan dan kejanggalan dalam kelulusan tanah berkenaan.

Menteri Besar, Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kelulusan yang dibuat oleh kerajaan negeri sebelum ini berunsur penganiayaan kerana tanah berkenaan telah didiami sejak 1953 oleh sebuah pengusaha kilang kicap yang telah lama membuat permohonan ke atas tanah berkenaan.

“Tanah seluas 2.29 ekar di Pasir Pinji (Ipoh) telah digunakan oleh sebuah kilang kicap sejak sebelum merdeka, malangnya sebuah parti politik telah membuat permohonan baru-baru ini dan mendapat kelulusan…ini satu penganiayaan kepada pengusaha kilang yang menduduki lama,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, Rabu.

Nizar berkata kerajaan negeri akan meminta pengusaha berkenaan mengemukakan permohonan semula melalui Pejabat Tanah dan Galian dan permohonan itu akan diproses bagi kelulusan.

“Sudah jelas pengusaha sudah lama menduduki (tanah) dan kerajaan negeri menyiasat kes itu selepas menerima aduan rasmi…didapati banyak kejanggalan yang perlu diperbetulkan dan ada unsur penganiayaan, jadi kita batalkan kelulusan yang diberikan (kepada parti politik),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nizar berkata mesyuarat berkenaan juga turut meluluskan kadar cukai tanah RM1 setahun kepada lebih 100 buah sekolah yang tidak mendapat bantuan penuh kerajaan iaitu SRJK dan SMJK (C) dan SMJK (T), sekolah swasta dan sekolah agama.

Menteri Besar juga berkata kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan rasmi kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) supaya memperuntukkan masa siaran (airtime) selama sejam setiap hari melalui stesen radio Perak FM kepada kerajaan negeri.

“Kita dengan rendah diri memohon diberikan masa sejam untuk kita utarakan hasrat dan perancangan kerajaan negeri kepada rakyat,” katanya.

Nizar sementara itu berkata kerajaan negeri akan meminta kerajaan persekutuan supaya meneruskan semua projek mega yang telah dirancang di Perak kerana tindakan memberhentikannnya akan menimbulkan kebimbangan kepada para pelabur dan rakyat.

Beliau berkata kesediaan Perdana, Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerima kunjungannya di Putrajaya, Jumaat ini akan memberi peluang kepadanya menyatakan bahawa kerajaan negeri Perak akan meneruskan semua dasar persekutuan yang baik membabitkan bidang seperti kewangan, ekonomi serta sosial.

“Adalah penting kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan persekutuan mempunyai hubungan dua hala yang baik kerana ia membawa kebaikan kepada negeri dan negara,” katanya.  BERNAMA

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: