MARAZIMO’S

Blog alternatif

Follow me at

Posted by marazimo di Khamis Julai 10, 2014

google.com/+ABDAZIZDOLMOIN

Posted in Umum | Leave a Comment »

日本語を楽しく勉強しましょう。

Posted by marazimo di Selasa Jun 28, 2011

Mari belajar Nihon Go
にほんごをべんきょうしましょう

Bermula dengan belajar a i u e o sedikit-sedikit sehingga pandai.
あ い う え お からならんでいっぽいっぽじょうずになります。

Jika berminat memulakan pembelajaran Bahasa Jepun Sila hubungi saya di facebook saya Abd Aziz Dolmoin atau hubungi saya di azmar007@gmail.com.

Jangan tunggu dan lihat orang lain boleh berkomunikasi dalam berbagai bahasa bagaimana dengan anda?

Posted in Nihonggo 日本語, Umum | Di tag: | Leave a Comment »

Coming Back

Posted by marazimo di Jumaat Oktober 16, 2009

Salam buat semua blogger
I am back, bagi memeriahkan alam siber.

Posted in Salam.... | Leave a Comment »

Salam Ramadhan & Aidil Fitri

Posted by marazimo di Isnin September 22, 2008

Salam buat pengunjung marazimo’s

Salam ramadhan & Salam syawal buat semua blogers semoga di rahmati Allah & dipermudahkan perjalanan hidup, Insyaalah

Terima Kasih

Posted in Umum | Leave a Comment »

‘Rakyat membilang butiran beras, pemimpin hadiri jamuan negara’ – Mufti Perlis

Posted by marazimo di Rabu Jun 11, 2008

Azamin Amin
Wed | Jun 11, 08 | 12:59:37 pm MYT
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) – ‘Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.

Demikian antara petikan pendapat Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abdidin berhubung soal pembaziran yang memberi kesan yang sangat besar kepada masyarakat yang turut dikaitkan dengan isu kenaikan harga minyak yang mendadak baru-baru ini.

“Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya.

“Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun,” katanya yang dipetik daripada blognya.

Akibat daripada itu kata Asri, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak memperolehi yang selayaknya malah pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka.

“Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas,” katanya.

Beliau dilihat tidak bersetuju sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi’.

“Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?

“Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.

Dr Asri juga turut membangkit persoalan kewajaran di saat ‘genting’ ini adakah patut orang-orang besar diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka.

“Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?

“Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat,” katanya yang sedar bahawa beliau mengambil risiko menulis hal ini namun baginya tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya.

Maka kata Dr Asri alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan.

“Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini,” katanya.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini katanya perkara-perkara yang disebutkan itu mestilah dipandang serius malah kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. – mks._

Posted in Umum | Leave a Comment »

ELAUN MENTERI POTONG 10% – MASUK AKAL KE?

Posted by marazimo di Selasa Jun 10, 2008

Adalah tidak munasabah hanya 10% elaun dipotong. Mengapa bukan gaji menteri yang dipotong? Bolehkah 10% elaun dipotong mengubat sakitnye hati rakyat, kalau begitulah pemikiran menteri2 di Negara ini mentalitinya, Negara akan punah ranah. Yang kaya terus kaya rakyat jelata terus miskin papa kedana.

Sebagai seorang yang berpegang pada Islam PM wajib mendahului hak rakyat dari diri sendiri. Kami rakyat jelata akan tuntut hak kami di hadapan Allah nanti, kami yakin Allah dan kami berserah pada Allah. Jangan lupa bahawa kami tidak redho dengan tangan-tangan durjana menghimpit diri saban hari.

Marilah kita bermunajat dan pohon pada Allah supaya pemerintah pulangkan hak kita sebagai rakyat dibumi Allah Malaysia tercinta.

Marazimo 10 jun -08

Posted in Umum | Leave a Comment »

Kenaikan Menggila Harga Minyak Undang 1001 masalah

Posted by marazimo di Selasa Jun 10, 2008

Posted on Monday, June 09 @ 11:17:56 MYT by TokAyah
Artikel anak_muar writes  Dengan pengumuman kenaikan yang tertinggi dan menggila harga minyak oleh kerajaan Barang Naik(BN) pada Khamis lepas membuatkan seluruh negara menjadi cemas dan kelam-kabut.

Kenaikan ini dijangkakan akan berlakunya berbagai-bagai gejala-gejala negatif yang membimbangkan.Bermula dengan kenaikan yang menggila ini akan berlakulah lonjakan drastik kenaikan harga barang keperluan.Yang menjadi mangsa adalah rakyat.

Selain itu tahap kemiskinan akan meningkat dengan drastik.Masalah pengangguran akan pertambah.Ia disebabkab pihak majikan swasta akan bertindakmengurangkan jumlah pekerja bagi mengurangkan kos kewangan syarikat.Meraka akan menggantikan pekerja tempatan dengan pekerja asing.Maka akan berlakulah kebanjiran buruh asing dari negara-negara jiran.

Yang menjadi mangsa adalah pekerja tempatan.Apabila jumlah pengangguran bertambah akan bertambahlah masalah jenayah yang disebabkan oleh tekanan dan desakan hidup.Kenaikan minyak juga akan berlakulah kerja-kerja penyeludupan berbagai-bagai bentuk barangan salah satu diantaranya ialah minyak.Penindasan terhadap golongan yang berpendapatan rendah akan menjadi-jadi oleh golongan yang berpendapatan tinggi.

Jurang kehidupan diantara golongan yang kaya dan miskin menjadi semakin jauh.Kenaikan ini akan mengudang masalah infasi yang krikal.Rakyat akan memilih untuk berjimat-cermat dan mengurankan kuasa membeli.Maka peniaga-peniaga akan mengalami kemerosotan dalam perniagaan dan seterusnya aktiviti ekonomi negara akan menjadi lembab dan akhirnya pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negara akan menjadi perlahan seterusnya gagal untukbersaing.Dari segi pelajaran pula remaja-remaja akan memilih untuk bekerja daripada menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Mereka terpaksa mengenepikan impian dan cita-cita untuk bekerja demi membantu keluarga untuk mencari pendapatan tambahan bagi menampung perbelanjaan hidup.Akhirnya negara gagal melahirkan golongan cerdik pandai dalam pelbagai bidang akademik.Kerajaan Barang Naik(BN) tidak memikirkan masalah-masalah dan kesan yang ditanggung oleh rakyat dengan kenaikan harga minyak yang menggila ini.

Mereka hanya memikirkan nasib kaum keluarga dan sanak saudara serta kroni-kroni sahaja.Mereka menyarankan supaya rakyat mengubah gaya hidup,sedangkan pemimpin-pemimpin kerajaan Barang Naik terus hidup dalam kemewahan.Sepatutnya mereka bersama-sama dengan rakyat menanggung kesengsaraan akibat kenaikan harga minyak ini.

Sudah tiba masanya pihak kerajaan Barang Naik mengkaji semula gaji dan elaun-laun yang mereka perolehi seterusnya melakukan pemotongan atau lebih baik manghapuskan elaun-elaun tersebut bagi menunjukkan kesungguhan mereka dalam isu kenaiakn harga minyak ini.

Contohilah kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat dengan mengurangkan elaun-elaun MB dan exco-exco kerajaan.Sesiapa yang telah mengundi BN pada PRU lepas berasa menyesal yang tak sudah.
Inilah akibatnya mengundi Kerajaan Barang Naik(BN). “

Posted in Umum | Leave a Comment »

Hanya Islam sebagai penyelamat Ketuanan Melayu – Presiden PAS

Posted by marazimo di Rabu April 30, 2008

Azamin Amin | Foto Nasir Sudin
Wed | Apr 30, 08 | 2:11:29 pm MYT
KUALA LUMPUR, 30 April (Hrkh) – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata hanya melalui Islam sahaja maka bangsa Melayu dan ketuanannya akan terselamat dari apa jua cabaran yang menimpa khususnya yang melibatkan senario politik terkini dalam negara.

Kata Ustaz Hadi, ketuanan Melayu akan gagal sekiranya prinsip tersebut ditegakkan dan digerakkan melalui semangat nasionalisma yang fanatik serta ideologi yang bersifat chauvinisme termasuk taksub kepada bangsa tertentu.

Image“Yang menyelamatkan Melayu adalah Islam iaitu agama bagi orang Melayu. Melayu tak dapat menyelamatkan melayu.

“Kalau Melayu bersama dengan Islam bukan sahaja Melayu selamat bahkan orang bukan Melayu dan semua bangsa juga selamat sebab proinsip keadilan Islam yang menyeluruh,”jelasnya.

Katanya, merujuk kepada sejarah Islam, Nabi Muhammad s.a.w juga tidak menyelamatkan bangsa Arab dengan falsafah atau peraturan bangsa Arab tetapi dengan agama Islam.

“Semua amalan jahiliyah dan kezaliman Arab mesti dihapuskan dan begitu juga dengan jahiliyah Melayu sesama bangsa yang lain mesti diketepikan,” kata Ahli Parlimen Marang itu lagi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan para wartawan di ruang lobi Parlimen sejurus selepas menyertai sesi perbahasan pagi tadi.

Ustaz Hadi adalah antara ahli Parlimen yang ditunggu oleh para wartawan dan menjadi tumpuan ramai termasuk tidak lepas daripada lensa kamera yang merakam suasana Parlimen hari ini.

Sebelum soalan diajukan Ustaz Hadi telah disapa secara ramah oleh bekas Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S Samy Vellu yang secara bersahaja berkata kepada Presiden PAS itu,”Saya sudah orang biasa.”

Dalam sidang dewan tadi Ustaz Hadi turut mengemuka soalan tambahan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung isu kecekapan perancangan kerajaan dalam memperbaiki kehidupan rakyat.

Sidang Parlimen hari ini yang menyaksikan kesemua ahli Parlimen memenuhi ruang dewan dan menjadi tumpuan orang ramai khususnya pihak media yang sejak dari awal pagi sudah mula ‘berkampung’ di sekitar bangunan Parlimen bagi menyaksikan ‘kehangatan’ suasana sidang yang ditunggu ramai.

Dalam pada itu Ustaz Hadi mengulas janji kerajaan yang akan bekerjasama dengan pembangkang untuk menangani masalah kenaikan harga barang yang menyulitkan rakyat.

“Kita menerima cadangan tersebut dengan sikap positif. Kita pernah meyertai Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MPEN) sewaktu zaman Tun Mahathir.

“Banyak buat keputusan dan resolusi yang bernas tetapi malangnya tak dilaksanakan dengan sepenuhnya dan PAS keluar daripada MPEN,” katanya.

Beliau menggesa supaya pihak kerajaan mengambil pengajaran daripada kelemahan MPEN untuk membuat suatu pembentukan atau jawatankuasa yang berbeza untuk menghadapi cabaran terkini.

Beliau sempat ditanya berhubung isu hak keitimewaan orang Melayu yang dilihat semakin terhakis akibat situasi politik negara yang sudah berubah.

“Hak keistimewaan Melayu bergantung kepada kedudukan orang Melayu sebagai golongan yang miskin dan dalam masa sama kita tak boleh mengabaikan kaum lain yang miskin.

“Sekiranya kedudukan orang Melayu sudah berubah, maka orang Melayu tidak boleh mengatakan berhak atas segala-galanya dan mengenepikan orang lain,” katanya dan menyatakan bahawa masa depan orang Melayu terletak kepada satu kuasa politik sahaja iaitu Islam. – mks.

Posted in politik | 2 Comments »

Perak batal kelulusan tanah kepada parti komponen BN

Posted by marazimo di Khamis April 17, 2008

16-04-2008 06:24:41 PM

IPOH: Kerajaan negeri Perak membatalkan kelulusan tanah bernilai tinggi seluas 2.29 ekar yang telah diberikan kepada sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) selepas mendapati terdapat unsur penganiayaan dan kejanggalan dalam kelulusan tanah berkenaan.

Menteri Besar, Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kelulusan yang dibuat oleh kerajaan negeri sebelum ini berunsur penganiayaan kerana tanah berkenaan telah didiami sejak 1953 oleh sebuah pengusaha kilang kicap yang telah lama membuat permohonan ke atas tanah berkenaan.

“Tanah seluas 2.29 ekar di Pasir Pinji (Ipoh) telah digunakan oleh sebuah kilang kicap sejak sebelum merdeka, malangnya sebuah parti politik telah membuat permohonan baru-baru ini dan mendapat kelulusan…ini satu penganiayaan kepada pengusaha kilang yang menduduki lama,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, Rabu.

Nizar berkata kerajaan negeri akan meminta pengusaha berkenaan mengemukakan permohonan semula melalui Pejabat Tanah dan Galian dan permohonan itu akan diproses bagi kelulusan.

“Sudah jelas pengusaha sudah lama menduduki (tanah) dan kerajaan negeri menyiasat kes itu selepas menerima aduan rasmi…didapati banyak kejanggalan yang perlu diperbetulkan dan ada unsur penganiayaan, jadi kita batalkan kelulusan yang diberikan (kepada parti politik),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nizar berkata mesyuarat berkenaan juga turut meluluskan kadar cukai tanah RM1 setahun kepada lebih 100 buah sekolah yang tidak mendapat bantuan penuh kerajaan iaitu SRJK dan SMJK (C) dan SMJK (T), sekolah swasta dan sekolah agama.

Menteri Besar juga berkata kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan rasmi kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) supaya memperuntukkan masa siaran (airtime) selama sejam setiap hari melalui stesen radio Perak FM kepada kerajaan negeri.

“Kita dengan rendah diri memohon diberikan masa sejam untuk kita utarakan hasrat dan perancangan kerajaan negeri kepada rakyat,” katanya.

Nizar sementara itu berkata kerajaan negeri akan meminta kerajaan persekutuan supaya meneruskan semua projek mega yang telah dirancang di Perak kerana tindakan memberhentikannnya akan menimbulkan kebimbangan kepada para pelabur dan rakyat.

Beliau berkata kesediaan Perdana, Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerima kunjungannya di Putrajaya, Jumaat ini akan memberi peluang kepadanya menyatakan bahawa kerajaan negeri Perak akan meneruskan semua dasar persekutuan yang baik membabitkan bidang seperti kewangan, ekonomi serta sosial.

“Adalah penting kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan persekutuan mempunyai hubungan dua hala yang baik kerana ia membawa kebaikan kepada negeri dan negara,” katanya.  BERNAMA

Posted in Umum | Leave a Comment »

Tazkirah Dacing dan Si Pendacing untuk renungan semua

Posted by marazimo di Sabtu April 12, 2008

Tazkirahmag writes “Fikir-fikirkanlah dengan hati yang sejahtera tentang ‘Dacing Akhirat’

Beberapa hari menjelang pilihan raya dulu, dacing mengamuk sakan. Dacing berada di mana-mana. Dacing mendominasi ruang dan tempat. Tengok kiri dacing, tengok kanan dacing. Tengok depan dacing. Dacing berimbang atas kayu ini sudah ketinggalan zaman – orang sekarang pakai dacing elektronik atau dacing ada muka. Tetapi kenapa dacing ‘kuno’ ini membiak subur akhir-akhir ini?
Subuh-subuh buta, keluar saja dari rumah untuk ke masjid, sudah nampak dacing. Malah dalam rumah pun, ceritanya tidak lain daripada dacing, dacing dan dacing. Radio cakap pasal kebaikan dacing. TV pun cakap pasal dacing. Malah apabila membuka saja komputer, lambang dacing tertera di skrinnya.

Bermotosikal untuk ke tempat kerja, sepanjang laluan nampak ribuan dacing. Di tepi sekolah, di tembok masjid ada dacing. Batang pokok pun tak selamat daripada ditampal dacing.

Sebut saja dacing, tidak salah untuk kuncu-kuncu pejuang dacing ini pasang lambang di bangunan awam, malah billboard (iklan besar di tepi jalan raya) juga terpampang gambar pemimpin dacing.

Beli akhbar dan baca berita, hampir semuanya pasal dacing. Ada iklan dacing. Pendeknya, di mana-mana saja ada dacing. Cerita akhbar, TV dan sebagainya berkisar kepada dua perkara saja. Satu dacing semua baik. Kedua, yang selain dacing, semuanya jahat-jahat belaka.

Kerana terlalu banyak dacing dan dikelilingi dacing, penulis cuba memahaminya dari sudut sosio-budaya orang Melayu. Dalam hidup bermasyarakat, atau norma manusia bertamadun, seseorang itu tidak boleh menilai dirinya sendiri. Dalam masyarakat Melayu, kerana ketelitian bangsa ini, ada satu peribahasa menyebut ‘masuk bakul angkat sendiri’.

Sekarang Be End(Bi Natang) masuk dacing, selepas itu angkat sendiri. Sebab itu apabila harga barangan keperluan atau harga minyak naik, orang yang masuk bakul ini (dacing) akan berkata ‘kenaikan ini tidak membebankan’.

Mana ada beban, dia sendiri sudah masuk dalam bakul. Yang menanggung beban adalah orang di luar bakul (luar dacing). Orang dalam dacing, semuanya kata tidak membebankan. Betullah tu, sebab dia berfikir dalam timbangan dacing. Macam ikan busuk atau ayam pencen sudah masuk dacing, takkan boleh menjerit, aku beratlah! mee pun naik harga lagi….puncanya dacing.

Memang hebat fikiran orang Melayu dulu. Mereka mencipta simpulan bahasa, peribahasa yang cantik-cantik itu sebagai iktibar untuk orang kemudian. Orang Melayu dacing tidak faham kecantikan dan keindahan bahasa Melayu. Sebab itu mereka menginggeriskan Sains dan Matematik yang sampai bila nk di bahasa melayukan semuala.BR mesti mmeprjuangkan ini sampai berjaya.

Berbalik kita kepada peribahasa ‘masuk bakul angkat sendiri’. Adalah norma dalam masyarakat, seseorang yang jahat tidak akan berkata dia jahat. Seorang pencuri tidak akan berkata dia pencuri. oeg yang mencegah kejatannya itu yang di sebut sbg jahat.

Seorang penyamun tidak akan mengaku dirinya penyamun. Sebaliknya apabila berlaku sesuatu kecurian dalam sesebuah kampung, si pencuri yang terperangkap akan menjerit, mengejar orang lain dengan mengatakan orang lain sebagai pencuri.

Apa yang berlaku sepanjang zaman, seorang penyamun akan pura-pura buat baik bagi menutup ‘kepenyamumannya’. Orang puasa dia puasa. Orang raya dia pun raya. Orang bayar zakat fitrah, dia pun bayar zakat fitrah. Orang naik haji, dia pun naik haji. Itulah penyamun tarbus namanya. Banyak filem sudah dibuat mengenai hal ini. Jadi apa nak dihairankan jika penyamun tarbus dacing mengaku dia terbaik di dunia ini.

Dalam masyarakat Melayu, adalah pelik seseorang itu mengaku dia baik. Orang Melayu ini pemalu. Orang Melayu yang baik tidak mendabik dada dia baik. Sebab baik itu adalah penilaian orang. Tidak seperti si pendacing bebal yang menghentam kerajaan Selangor utk membaik pulih alam dan sistem penternakan babi yang selama ini diporak peranda oleh mereka yang mendacing bhw pencemaran babi itu betul belaka setelah 50 tahun memerintah. Maka diambil gambar tentang kebobrokan mereka, kununnya rakyat marah, tanpa mereka sedar bahawa pertukaran kerajaan itulah sebenarnya tanda rakyat meluat kepada mereka si pendacing

Apabila seseorang itu mengaku dia baik atau mengiklankan bahawa dia baik, tentulah ada yang tidak kena dengan dirinya. Apabila orang mendakwa dia baik, hampir pasti dia tidak baik atau ada ‘wayarnya putus’ (short-cicuit)atau jahanam terus tercabut dari saraf utama kepalanya.

Orang Melayu halus dalam budi bicaranya. Ada yang gemar bercakap ‘cara kebalikan’ (reverse psikologi). Apabila seseorang anak terjatuh kerana memanjat pokok, bapanya akan berkata, “panjat, panjat, panjat lagi”, tetapi hakikatnya si bapa tadi tidak mahu si anak memanjat pokok lagi. Demikian betapa hebatnya orang Melayu berbahasa! tetapi bahasa melayu sudah dilacurkan. tulisan jawi sudah di lempar ke dlm longkang supaya anak muslim tidak faham al-quran, bila buta quran, buta lah Islam, maka senaglah di dacingkan mereka, cacing pun akan disangka mee.

Tetapi apa yang dacing sudah buat? Dacing mengiklankan dia hebat! Kalau digunakan pendekatan ‘reverse’ tadi, hakikatnya dacing itu tidaklah hebat. Kalau dacing kata PENDIDIKAN PERCUMA, ia bermaksud PENDIDIKAN TIDAK PERCUMA. Tanyalah mana-mana ibu bapa yang ada anak di sekolah. Mana ada pendidikan ‘free’. Bagi seorang anak, kos ke sekolah rendah pada penggal baru lalu adalah antara RM100-RM300. Anak sekolah menengah pula (asrama) kosnya antara RM500-RM1,000. Betul buku teks adalah ‘free’, tetapi janganlah berbohong menyatakan pendidikan ‘free’.

Tanpa dacing seolah2 Malaysia ini akan musnah, kembali makan ubi macam zaman jepun. Org2 tua dacing yang malas mengaji, malas pergi masjid dgr guru2 mengajar kitab, yang hanya menonton TV3suku,radio tvmereng (RTM), utusan meloya(yang dirampas kebebasan dan dilacurkan sejak zaman tunku) masih percaya dgn dogma ini, berita hairan (yang tak pernah betul).manakal org muda dacing pula disogok dgn pelbagai budaya hedonism danmungkar yang melalaikan mereka dan mereka kata kalu dacing lenyap, tak ada lagi chance nak berseronok. Sufiah di Britain, sibuk nak di selamat, anak muda di tanah air sendir yang tersungkur dipijak begitu sahaja, malah buta undang2 pula. Memandai nak access data rakyat asing. Apa yang boleh diharapkan dgn masi ntah tu, sekadar muka lawa ttp jiwa utk islam kosong. begitu juga dgn Hid budak Izzudin tu, buat malu Izzuddin je. Sebut tentang sek Izzudin, kerajaan perak jgn dok bersetuju si pusat dacing nak mbik sekolah tu, nanti habis dilingkupkannya. YB Nizar sila ambil perhatian sewajarnya untuk memperkasakan sekolah Izzuddin dan Taayah, bukan dikembirikan sebagaimana tujuan pusat dacing.

Dacing memang suka cakap ‘reverse’. Katanya jangan berpolitik di bangunan sekolah, masjid dan tempat awam lain. Tetapi dia buat. Katanya, jangan hasut rakyat, dia yang mempropaganda rakyat. Mana tidaknya, buka saja radio atau TV, akan terdengarlah dakyah murahan…”Kerajaan dacing telah buat itu, telah buat ini…kejayaan sana, kejayaan sini…cemerlang, gemilang, terbilang…”

Kalau dacing telah buat semuanya, orang lain selama ini buat apa? Pegawai kerajaan tu bukan bekerja untuk dacing, tetapi kadang2 tak terdaya nak elak diperalatkan oleh pendacing. Ada yang bertahan ada yang bertukar menjadi bapak perasuah. Selepas itu diulang2 pula, “pembangkang huru-hara…rakyat tidak selamat…bla,bla….” Demikianlah kerja dacing siang dan malam. Petugas penyiaran, wartawan yang mengaku beriman, tidakkan anda takut dosa berbohong menyatakan dacing semua baik-baik saja? Selain dacing semua jahat. Seperti yahudi yang menyatakan selain mereka adalah Goyim( binatang) yang boleh ditunggangi tanpa rasa bersalah. Adakah para pendacing menganut talmud yang direka oleh yahudi laknatullah???????

Akhir sekali kesimpulan mengenai hal ehwal dacing dan pendacing ini. Terutamanya kepada para pendacing yang setia selama2nya. Dacing dunia ini lazimlah sifatnya tidak dapat diadili secara mutlak. Kuasa, pangkat dan duit boleh membeli dunia ini. Dacing pun boleh buat sendiri. Bolehlah masuk dacing, angkat sendiri. Tetapi semua perlu ingat ada satu lagi dacing yang timbangannya MAHA TEPAT. Itulah dacing akhirat. Ketika diadili dacing ini, TIDAK BOLEH LAGI MASUK BAKUL (DACING) ANGKAT SENDIRI!. sekali dgn dacing pendacing akan ditimbang oleh mizan(dacing) Allah yang maha tepat.

Ingatlah masa manusia itu hanya ada tiga SEMALAM, HARI INI dan ESOK. Semalam   adalah sejarah.   Hari ini    buatlah     kebaikan sebanyak mungkin. Muslim yang baik(benar2 mukmin)     ialah mereka yang hari ini lebih baik daripada semalam dan berazam untuk lebih baik pada esok hari.   Tetapi  esok     belum tentu. Entah-entah esok sudah berada di alam barzakh yang mempunyai dua keadaan sama ada menjadi sebuah taman daripada taman2 syurga atau menjadi sebuah jurang daripada jurang2 neraka yang maha pedih lagi siksa.

Ingatlah firman Allah yang bermaksud:

“Apabila datangnya ajal kamu, maka ia tidak akan terlewat walaupun sesaat, juga tidak akan tercepat walaupun sesaat”

Kembalilah kepada seruan mendaulatkan Islam dan syariat Allah berdasarkan al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W sebelum nyawa kamu semua diseru oleh Izrail tepat pada waktunya.Jgn kamu menyesal seperti Firaun yang ingin bertaubat ketika nyawa dihalkum dan meronta2 di tgh Laut merah.

Juga ingatlah firman Allah yang bermaksud:

“Hari akhirat ialah hari yang tidak berguna segala harta benda kekayaan dan anak pinak (kroni, kuasa, dll) kecuali mereka yang dtg kepada Allah dgn hati yang sejahtera ( benar2 beriman kepada Allah dan rasulNYa)

Semoga bermanfaat kepada semua…”

Posted in Islam, politik | Leave a Comment »